Amaran kepanasan, ribut taufan di China

Amaran kepanasan, ribut taufan di China

BEIJING, 14 Ogos – Pusat kaji cuaca China hari ini memperbaharui amaran berwarna kuning bagi suhu tinggi di kawasan tengah dan selatan negara itu manakala amaran warna biru bagi ribut taufan di kebanyakan kawasan utaranya.

Suhu tinggi akan berterusan di sepanjang Sungai Yangtze, di wilayah-wilayah sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Huaihe dan sebahagian daripada kawasan Autonomi Xinjiang Uighur bermula Sabtu sehingga Isnin, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) mengatakan.

Suhu di atas 35 darjah Celsius tidak dijangkakan semalam, mencecah 40 darjah di beberapa kawasan.

Seorang budak berseronok membasahkan diri di taman akua di tengah-tengah cuaca panas di Luzhou, barat daya wilayah Sichuan, China. – Xinhua
Seorang budak berseronok membasahkan diri di taman akua di tengah-tengah cuaca panas di Luzhou, barat daya wilayah Sichuan, China. – Xinhua

Manakala, ribut taufan dijangka di utara dan timur laut China dan sebahagian Fujian, Guangdong, Guangxi dan Hainan dalam masa tiga hari akan datang. Beberapa kawasan itu akan menyaksikan ribut petir dan angin kencang, menurut ramalan NMC.

China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat dengan merah mewakili yang paling teruk, diikuti oren, kuning dan biru. – Xinhua