Amaran laut bergelora di perairan Sabah

Amaran laut bergelora di perairan Sabah

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah mulai 16 hingga 20 Oktober ini.

Ia melibatkan perairan Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman serta Labuan.

Angin barat daya itu boleh mencecah kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 meter yang berbahaya kepada kapal kecil, aktiviti dan sukan laut.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Sulu. – Bernama