Amaran Taufan Aere masih rendah

Amaran Taufan Aere masih rendah

BEIJING, 7 Okt – Balai Cerap Negara hari ini mengekalkan amaran biru, paras terendah dalam sistem amaran empat peringkat, untuk Aere, taufan ke-19 pada tahun ini.

Pada 5 pagi, mata taufan itu berada di atas Laut China Selatan, kira-kira 350 kilometer ke tenggara Hong Kong. Ia akan bergerak ke barat pada kelajuan 10-15 kilometer sejam, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) berkata dalam satu kenyataan.

Aere telah meningkat dari ribut tropika kepada taufan pada 8 pagi kelmarin, menurut pusat itu.

Taufan ini akan berlegar di atas bahagian utara Laut China Selatan sebelum bergerak ke arah pantai Hainan dan wilayah Guangdong pada Isnin ini.

Dari pagi Jumaat hingga ke pagi Sabtu, hujan lebat dan angin kencang dijangka menjejaskan kawasan pantai tenggara China termasuk Guangdong, Fujian, Zhejiang dan Taiwan, kata NMC. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA