Amaran tidak halang pelancong Australia ke M’sia

Amaran tidak halang pelancong Australia ke M’sia

SABAK BERNAM, 22 Feb (Bernama) – Nasihat perjalanan Kerajaan Australia kepada rakyatnya yang ingin melancong ke Malaysia hanya sebagai peringatan supaya berjaga-jaga.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata amaran itu tidak membawa kesan negatif dan ia tidak menyekat kehadiran pelancong Australia di negara ini berikutan seluruh dunia terdedah dengan ancaman pengganas.

“Semua negara sekarang ini terdedah kepada ancaman (kumpulan pengganas) Daesh, bukan hanya di Malaysia. Tindakan sesebuah negara mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada warganya yang ingin melancong ke negara lain adalah perkara biasa.

“… dan saya percaya kawasan tumpuan pelancong tempatan dan asing di sini selamat dikunjungi serta dijaga rapi oleh pasukan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Homestay Kampung Sungai Haji Dorani di sini.

ARTIKEL YANG SAMA