Amaran volkano di Hakone

Amaran volkano di Hakone

TOKYO, 5 Mei (AFP) – Agensi kaji cuaca Jepun hari ini mengeluarkan satu amaran untuk mengehad kemasukan ke tempat peranginan mata air panas popular Hakone selepas sebuah gunung berapi berhampiran menjadi aktif dan mulai mengeluarkan gas panas.

Dua gempa bumi kecil dengan magnitud 2.0 dan 2.4 dicatat pada pagi ini di gunung berapi, barat daya Tokyo, lapor agensi itu.

“Aktiviti di Hakone berada dalam keadaan tidak pasti,” kata agensi dalam satu makluman.

“Timbulnya kemungkinan satu letusan kecil mungkin berlaku,” katanya. “Tolong jangan memasuki zon berbahaya.”

Amaran itu, yang keluar di tengah cuti musim bunga “Minggu Emas” negara, dijangka menjejas pelancongan di sana tatkala kira-kira 20 juta orang, termasuk pelancong asing, melawat Hakone, salah satu tempat peranginan mata air panas terkenal di Jepun, setiap tahun.

Agensi itu mengeluarkan makluman sekatan apabila sebuah gunung berapi menjadi cukup aktif untuk mengeluarkan lava, abu, gas panas dan toksik serta batu dan abu.

Jepun terletak di “Lingkaran Api” Pasifik, di mana gempa bumi dan letusan gunung berapi adalah agak umum.

ARTIKEL YANG SAMA