Amaran wabak campak, peminat ke konsert Bieber

Amaran wabak campak, peminat ke konsert Bieber

TOKYO, 26 Ogos – Pihak berkuasa Jepun telah memberi amaran mengenai meletusnya wabak campak selepas seorang peminat yang mengunjungi konsert Justin Bieber berhampiran Tokyo telah diagnosis dengan penyakit berjangkit itu, kata pegawai hari ini.

Seorang lelaki berusia 19 tahun mengalami demam lebih 39 darjah Celsius (102 darjah Fahrenheit) dan ruam panas di seluruh badannya selepas kembali dari Indonesia awal bulan ini, menurut media tempatan dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (DCC).

Meskipun keadaannya, lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, pergi ke konsert Bieber pada 14 Ogos di Makuhari Messe di Chiba, timur Tokyo, di mana kira-kira 25,000 peminat berkumpul bagi acara itu, kata mereka.

Lelaki itu dari bandar Nishinomiya, barat Jepun, kemudian berhenti di Tokyo dan wilayah jiran Kanagawa sebelum kembali pulang pada 19 Ogos, apabila dia akhirnya didiagnosis mengidap campak.

“Campak mudah berjangkit,” kata pegawai di kementerian kebajikan dan kesihatan Jepun memberitahu AFP.

“Ia boleh membawa kepada kes maut,” tambahnya, mengeluarkan amaran kepada hospital-hospital di seluruh negara untuk berjaga-jaga dengan letusan penyakit itu.

Penganjur konsert dalam laman web mereka juga meminta untuk mereka berjumpa doktor jika mereka mula dijangkiti simptom-simptom penyakit itu.

Bagaimanapun, sejauh ini, belum ada laporan mengenai sesiapa menghadiri konsert itu telah dijangkiti campak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA