Amas Tampawan akan terbitkan antologi kedua

Amas Tampawan akan terbitkan antologi kedua

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Kumpulan aktivis puisi tempatan, Amas Tampawan, akan menerbitkan antologi kedua mereka dalam genre pantun dan syair menjelang Julai tahun depan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-70.

Pengerusi Amas Tampawan, Haji Mariat bin Haji Abdullah berkata, hasrat tersebut dicapai pada pertemuan mereka kelmarin di sebuah restoran di Kiulap, yang dihadiri oleh 10 daripada 14 ahlinya.

Pada pertemuan tersebut, mereka juga bersetuju membuka keahlian Amas Tampawan kepada sesiapa sahaja penulis puisi, khususnya, yang berusia 60 tahun ke atas.

Haji Mariat (kiri sekali) semasa mempengerusikan pertemuan rakan Amas Tampawan kelmarin.
Haji Mariat (kiri sekali) semasa mempengerusikan pertemuan rakan Amas Tampawan kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA