Amazon adakan hari ‘Prime Day’

Amazon adakan hari ‘Prime Day’

NEW YORK, 7 Julai (Agensi) – Amazon berusaha memikat lebih ramai pelanggan ke program setia Prime bernilai AS$99 dengan hari diskaun yang digelarnya “Prime Day” ketika musim membeli belah musim panas yang lengang.

Peruncit e-dagang ini merancang menawarkan beribu-ribu urus janji pada 15 Julai di sembilan buah negara yang mempunyai program setia Prime, termasuklah Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Sepanyol, Jepun, Itali, Jerman, Perancis, Kanada dan Austria.

Syarikat Seattle ini berkata promosi ini disesuaikan dengan ulang tahunnya yang ke-20, iaitu pada 16 Julai. Menurut Amazon akan lebih banyak lagi urus janji pada 15 Julai dari pada hari Black Friday, hari sibuk membeli belah selepas Thanksgiving, dan Cyber Monday, hari Isnin selepas Thanksgiving apabila ramai orang membeli belah di online bagi urus janji.

Amazon tidak mengeluarkan bilangan anggota Prime yang ia ada, tetapi Michael Pachter, seorang penganalisis di Wedbush Securities, menganggarkan terdapat 35 juta hingga 40 juta orang.

Pachter berkata dia melihat langkah itu sebagai ‘eksperimen’ oleh Amazon untuk melihat bagaimana reaksi para pembeli belah terhadap jualan itu.

“Black Friday adalah satu acara kerana ia memulakan musim cuti membeli belah,” katanya “Saya tidak fikir acara dalam pertengahan Julai akan banyak memberi impak, dan menganggapnya sebagai lebih kepada ujian oleh Amazon ketika tempoh lembap untuk melihat bagaimana istimewanya hari membeli belah Prime diterima oleh para pelanggannya.”

Amazon.com. Inc. telah meluaskan tawaran program Prime dalam usaha untuk menambah anggota, dengan penambahan seperti penghantaran barang runcit, penghantaran sejam di beberapa buah bandar, mengukuhkan video streaming dan pembentukan alat pembesar suara Bluetooth digelar Echo yang serentak dengan muzik Prime.

ARTIKEL YANG SAMA