Amazon capai rekod pelancaran bersejarah

SYDNEY, 6 DIS – Amazon Australia telah melancarkan hari pembukaan secara besar-besaran bagi membuat pesanan atas talian, beritahu syarikat gergasi AS itu hari ini, akan tetapi beberapa orang pembeli kecewa dengan barangan yang dijual dan tawaran harga yang diberikan.

Peruncit-peruncit di negara itu berebut-rebut untuk meningkatkan pasaran dalam talian mereka dan mengurangkan kos di tengah-tengah jangkaan Amazon, sebuah syarikat yang mempunyai nilai terbesar di dunia, dijangka akan menggegarkan pasaran dan merampas keuntungan mereka.

Amazon mengatakan pada hari pertama pesanan semalam adalah “tinggi berbanding hari pelancaran Amazon di negara itu” sepanjang sejarahnya, dengan “berpuluh-puluh ribu pelanggan membuat kunjungan ke laman sesawang mereka dalam masa 24 jam pertama.”

“Kami berterima kasih kepada para pelanggan di Australia dengan hari yang penuh bermakna ini di sepanjang sejarah Amazon,” dalam kenyataan pengurus Amazon Australia.

Gambar menunjukkan laman sesawang rasmi Amazon Australia yang telah melancarkan tempahan atas talian besar-besaran, menarik berpuluh ribu pelanggan Australia untuk mengunjungi laman tersebut, semalam.

“Sejak awal hari ini, kami menerima jumlah pengunjung yang jauh melangkaui jangkaan kami.”

Meskipun pelancaran syarikat gergasi AS yang berprofil tinggi itu, peruncit tempatan dijangka terkesan oleh Amazon, termasuklah rangkaian elektronik Harvey Norman dan gedung perniagaan Myer, telah memaksa bagi menutup saham mereka pada paras tinggi semalam.

Ia diikuti dengan kekecewaan daripada sebilangan pelanggan bahawa harga-harga di Amazon tidak selalunya rendah berbanding tawaran daripada para pesaing.

“Amazon menerima jumlah pelanggan terbesar dan ramalan pelabur adalah disebabkan oleh pelancarannya termasuklah harga yang ditawarkan,” beritahu penganalisis Citi dalam tulisannya. – AFP