Amazon, eBay buang sebahagian senarai jualannya

Amazon, eBay buang sebahagian senarai jualannya

pg19_150626_b

AMERIKA SYARIKAT, 25 Jun (Reuters) – Amazon.com Inc dan eBay Inc secara mendadak mengurangkan bilangan produk bertanda bendera Confederate di lamannya, sehari selepas berikrar untuk membuangnya, tetapi dalam bayangan kesukaran mengeluarkan kandungan berkontroversi, memorabilia era Nazi tersenarai di kedua-dua laman itu.

eBay secara khusus menegah jualannya manakala Amazon menegah jualan ‘produk-produk yang menggalakkan atau memuji kebencian, keganasan, rasis, seksual atau sikap tidak toleransi pada agama atau menggalakkan pertubuhan yang mempunyai pandangan seumpama itu.”

Adalah sukar untuk mengenakan tegahan sepenuhnya ke atas produk berkontroversi, menurut para penganalisis, kerana halangan teknologi dalam menanda dan mengeluarkan barangan yang ditegah.

“Bagi Amazon dan eBay, ia adalah persoalan skala. eBay terpaksa mengusahakan segala-galanya dari memorabilia Nazi hinggalah barang kemas palsu dan salah satu bahagian paling sukar ialah mencari dari kata kunci, mengenal pasti penjual bermasalah dan isu-isu penandaan,” kata Derek Bambauer, seorang profesor di Universiti Arizona yang pakar dalam undang-undang internet.

Amazon, yang pada Selasa lalu telah menyenaraikan hampir 30,000 barangan dalam pencarian bagi “bendera Confederate” hampir tidak ada dijual pada lewat tengah hari semalam.

Dylann Roof, seorang kulit putih berusia 21 tahun didakwa dengan sembilan pertuduhan membunuh dalam kaitan pembunuhan di gereja bersejarah kulit hitam di Selatan Carolina minggu lalu, bergaya dengan bendera Confederate dalam gambar-gambar yang dihantar online.