Amazon uji teknologi dron

Amazon uji teknologi dron

SAN FRANCISCO, 26 Julai – Amazon semalam mengumumkan rancangan untuk menguji penghantaran menggunakan teknologi dron di Britain, ketika syarikat gergasi perdagangan dalam talian Amerika Syarikat (AS) itu cuba untuk meneruskan idea itu dengan selamat.

Perkongsian itu bertujuan untuk memahami bagaimana dron boleh digunakan secara selamat dan boleh dipercayai, dan mengenal pasti peraturan untuk dikenakan, katanya dalam satu kenyataan.

Amazon mendapatkan kelulusan Britain bagi tiga jenis ujian baru: menerbangkan dron tidak lagi dapat dilihat dari pengendali mereka di kawasan pedalaman dan sub bandar: dengan seorang mengendalikan beberapa dron secara automatik; dan peranti ujian untuk menjadikan dron mampu untuk mengenali dan menghindarkan halangan.

“Britain adalah pendahulu dalam membolehkan inovasi dron; kami telah melabur dalam penyelidikan dan perkembangan Prime Air di sini buat beberapa ketika,” kata Naib Presiden Komunikasi dan Dasar Inovasi Global Amazon, Paul Misener.

“Pengumuman ini mengukuhkan lagi usaha sama kami bersama UK dan membawa Amazon lebih hampir kepada hasrat kami menggunakan dron untuk membuat penghantaran lebih selamat dalam tempoh 30 minit kepada pelanggan di UK dan di merata-rata tempat di seluruh dunia.”

Bulan lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS mendedahkan peraturan baru yang telah lama dinantikan yang membuka jalan bagi dron kecil dan komersial untuk beroperasi dari seluruh ruang udara AS.

Di bawah peraturan FAA, pengendali dron akan dibenarkan untuk menerbangkan pesawat komersial yang berat kurang dari 55 paun (25 kilo) ketika siang, dengan menyatakan mereka boleh mengekalkan pandangan jelas terhadap dron itu sepanjang masa.

Ketika ia menghalang perkhidmatan penghantaran robot yang dibangunkan oleh Amazon dan penjual utama lain, peraturan baru akan memastikan dron semakin meningkat di langit.

Rumah Putih memetik anggaran industri menggambarkan dron akan menjana lebih dari AS$82 bilion bagi ekonomi AS dalam sedekad akan datang, yang menjana sekitar 100,000 pekerjaan. – AFP