Ambassador-at-Large akhiri lawatan ke Singapura

Ambassador-at-Large akhiri lawatan ke Singapura

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, kelmarin, berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura selepas menamatkan lawatan selama dua hari ke negara itu.

Semasa lawatan berkenaan, Yang Teramat Mulia berkenan melawat Kementerian Luar Negeri Singapura dan dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Luar), Chee Wee Kiong.

Yang Teramat Mulia juga berkenan berangkat menghadiri Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan, Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Maliki Osman.  Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Luar), Chee Wee Kiong dan Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Pendidikan dan Perdagangan dan Industri, Low Yen Ling.

Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat melawat Dewan Parlimen Singapura, di mana Yang Teramat Mulia dialu-alukan dan diberikan jamuan minum petang oleh Speaker Parlimen, Halimah Yacob.

Sepanjang lawatan berkenaan, Yang Teramat Mulia turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna bersama Chee Wee Kiong.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Masna bersama Chee Wee Kiong.
Yang Teramat Mulia bersama TYT Dr. Mohammad Maliki Osman dan Low Yen Ling.
Yang Teramat Mulia bersama TYT Dr. Mohammad Maliki Osman dan Low Yen Ling.

ARTIKEL YANG SAMA