AMBD hulur sumbangan

AMBD hulur sumbangan

pg02_150618_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Di atas dasar pemeduliaan orang ramai dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di Nepal, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini menghulurkan sumbangan derma ke Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal.

Sumbangan disampaikan oleh Penolong Pengarah Urusan AMBD, Haji Adi Marhain bin Haji Leman kepada Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah binti Abdul Hamid di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di sini.

Sumbangan tersebut ialah hasil kutipan daripada orang ramai semasa hari Autoriti Monetari Brunei Darussalam 2015 yang berlangsung baru-baru ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Selain daripada itu, sumbangan berkenaan juga dihulurkan oleh para pegawai dan kakitangan AMBD.

ARTIKEL YANG SAMA