AMBD senaraikan 7 skim pelaburan tidak berlesen

AMBD senaraikan 7 skim pelaburan tidak berlesen

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila menyertai mana-mana skim yang tidak dilesenkan di bawah undang-undang atau peraturan yang ditadbirkan oleh Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

AMBD dalam satu kenyataan hari ini turut menyenaraikan entiti-entiti yang tidak dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh AMBD iaitu Dinar Dirham, Zenith Gold, Powergold, Rich World Revolution (RWR), PhytoScience, Mon Space dan Mface.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan sekali lagi untuk berhati-hati apabila menyertai mana-mana skim pelaburan atau transaksi kewangan dan terlebih dahulu mengesahkan kesahihan skim-skim pelaburan yang ditawarkan serta meneliti risiko yang berkemungkinan timbul daripada melabur dalam skim tersebut.