AMBD terima kunjungan Nepal

AMBD terima kunjungan Nepal

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), kelmarin, telah menerima rombongan dari Nepal Rastra Bank di Ibu Pejabat AMBD, di Commonwealth Drive, di sini.

Hadir bagi mengalu-alukan rombongan tersebut ialah Penolong Pengarah Urusan (Operasi Monetari) AMBD, Haji Adi Marhain bin Haji Leman dan pegawai-pegawai kanan AMBD.

Lawatan kerja rombongan Nepal Rastra Bank selama empat hari itu diketuai oleh Timbalan Gabenor Nepal Rastra Bank, Chinta Mani Siwakoti.

Menurut kenyataan AMBD, lawatan itu bertujuan untuk memahami dan mempelajari daripada pengalaman Unit Pembayaran dan Penyelesaian AMBD dalam melaksanakan dan mengendalikan sistem pembayaran AMBD.

Infrastruktur moden sistem pembayaran dan penyelesaian AMBD yang menggunakan piawaian ISO 20022 menjadikan Negara Brunei Darussalam rujukan yang paling sesuai bagi Nepal Rastra Bank untuk memodenkan sistem pembayaran dan penyelesaian mereka.

Pihak AMBD bergambar ramai bersama rombongan dari Nepal Rastra Bank.
Pihak AMBD bergambar ramai bersama rombongan dari Nepal Rastra Bank.