AMBD terima rombongan Maktab Duli

AMBD terima rombongan Maktab Duli

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), baru-baru ini, telah menerima lawatan daripada rombongan seramai 30 penuntut dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli).

Rombongan tersebut, yang diiringi oleh empat orang guru, telah membuat lawatan ke Galeri Mata Wang AMBD dan seterusnya mendengarkan penerangan mengenai fungsi dan tanggungjawab AMBD.

Sebagai penuntut aliran perniagaan, mereka juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dasar-dasar monetari yang dipraktikkan oleh bank-bank pusat dan autoriti-autoriti monetari dunia serta kesannya kepada pasaran.

Rombongan penuntut dan guru Maktab Duli bergambar ramai di Galeri Mata Wang AMBD.
Rombongan penuntut dan guru Maktab Duli bergambar ramai di Galeri Mata Wang AMBD.

Menurut kenyataan AMBD, galeri tersebut telah dibuka rasmi pada tahun 2006 dan mempamerkan pelbagai jenis wang kertas dan syiling yang digunakan oleh Negara Brunei Darussalam sejak abad ke-14 serta wang syiling dan wang kertas kenang-kenangan.

Galeri itu dibukakan kepada orang ramai dari jam 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4:30 petang kecuali Jumaat yang dibuka dari jam 8:30 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang.

Galeri tersebut turut menjual wang kertas dan duit syiling kenang-kenangan sempena memperingati hari-hari kebesaran tertentu Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA