Amber julang kejuaraan di Qatar

Amber julang kejuaraan di Qatar

DOHA, 12 Okt – Amber Neben dari Amerika Syarikat (AS) memenangi gelaran ujian masa wanita di Qatar semalam, di mana kejohanan kali ini merupakan kali kedua beliau dimahkotakan sebagai juara pada pertandingan tersebut.

Dalam perlumbaan sengit tersebut dia mencatatkan masa 36minit 37:04, menewaskan Ellen van Dijk dari Belanda di tempat kedua dengan enam saat, dan Katrin Garfoot dari Australia yang ketinggalan dua saat di belakang.

Neben sebelumnya memenangi gelaran itu pada 2008 di Varese, Itali.

Pada usia 41 tahun, dia menjadi wanita kedua tertua yang memenangi perlumbaan itu selepas Jeannie Longo dari Perancis pada usia 42 tahun pada 2001.

Kejayaannya itu melengkapkan tahun cemerlang bagi pasukan berbasikal AS bagi uji masa, selepas Kristin Armstrong memenangi pingat emas di Olimpik Rio.

Reaksi Amber ketika meraikan kejuaraannya di podium selepas memenangi pingat emas pada acara ujian masa wanita di Qatar, kelmarin. – AFP
Reaksi Amber ketika meraikan kejuaraannya di podium selepas memenangi pingat emas pada acara ujian masa wanita di Qatar, kelmarin. – AFP

Neben bersaing dalam 41 peserta perlumbaan dan dalam kesukaran menunggu untuk melihat jika masanya akan dikalahkan.

“Saya merasa gentar,” kata Neben selepas itu.

“Ia sukar untuk melihat tetapi pada ketika itu begitu menarik untuk menang. Saya merasakan Ellen tetapi saya sendiri teruja.

Dia menambah: “Pencapaian kali ini adalah lebih istimewa kerana segalanya berlaku di antara 2008 dan sekarang.”

Dia menghimpunkan lebih dari 47 kilometer sejam di sepanjang laluan 28.9 kilometer di ibu negara Qatar, Doha. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA