Ambil dadah didenda $1,500

Ambil dadah didenda $1,500

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $1,500 ke atas seorang lelaki warga tempatan atas kesalahan mengambil dadah pada 2015.

Pengiran Haji Norizam Reshma bin Pengiran Haji Metassan, 43, mengaku bersalah di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman atas dakwaan mengambil Methylamphetamine pada 3 Oktober 2015.

pg06_160519_mahkamah logo2

Pegawai Pendakwa Narkotik, Ahmed Faez Anuar memaklumkan mahkamah, sampel air kencing yang diambil daripada defendan ketika dia diberkas didapati mengandungi dadah terkawal Kelas A, dan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6(b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 yang membawa pemenjaraan dan denda.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana, bagaimanapun, memberi tempoh tiga bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, dan jika gagal berdepan tiga bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA