Ambil kit larian amal hari ini

Ambil kit larian amal hari ini

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Lebih 4,000 orang telah mendaftar untuk menyertai larian amal ‘Run With Colour’ yang akan diadakan Ahad ini, dan lebih 1,000 telah mengambil kit larian masing-masing di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas yang dibuka sejak semalam dan akan berakhir esok.

Larian amal yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei (MBB), ini diadakan bagi mendorong kepada kesedaran keperluan amal, serta mempromosi keceriaan dan kesihatan kepada keseluruhan komuniti Brunei Darussalam.

MBB merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menyelia pembangunan belia di negara ini.

Sehubungan dengan itu, mereka yang telah mendaftar dan belum mengambil kit larian termasuk baju t, cermin mata hitam dan nombor bib, diminta untuk segera mengambilnya di tingkat 1, Stadium Tertutup, esok (6 Jun), dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Maklumat lanjut mengenai larian amal ini boleh melayari laman sesawang heroes.com.bn/runwithcolours.html.

Para peserta ‘Colour With Run’ ketika sedang mengambil kit larian mereka di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Para peserta ‘Colour With Run’ ketika sedang mengambil kit larian mereka di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Kit larian yang berupa baju T, kaca mata hitam dan bib nombor.
Kit larian yang berupa baju T, kaca mata hitam dan bib nombor.

ARTIKEL YANG SAMA