Ambil syabu kerana tertekan

Ambil syabu kerana tertekan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151104_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara empat tahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas empat kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah pada 2013.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli memerintahkan hukuman berkuat kuasa hari ini ke atas Muhd Alif Lim bin Muhd Lim, 55, yang berdepan pertuduhan mengambil dadah terkawal kelas A, Methamphetamine pada Januari, Februari, Mei dan Julai 2013.

Fakta kes menyebut, defendan pada 25 Julai 2012 telah dirujuk kepada Program Pengawasan Narkotik untuk tempoh 24 bulan.

Sebagai sebahagian daripada program itu, defendan diminta untuk memberikan sampel air kencing kepada pihak narkotik pada bila-bila masa dan waktu yang diperlukan, bagi memastikan dia tidak mengambil mana-mana dadah terkawal.

Bagaimanapun, ujian air kencing defendan yang diambil pada 14 Januari, 7 Februari, 9 Februari, 20 Mei dan 1 Julai 2013 telah menunjukkan kesemuanya positif Methamphetamine.

Defendan yang pernah ditahan di kediamannya di Kampung Sungai Hanching pada Mac 2013 juga mengaku mengambil syabu disebabkan rasa tertekan kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Biro Kawalan Narkotik, Norizanullah binti Awang Haji Jaya.

ARTIKEL YANG SAMA