Ambulans udara bawa anak damit leukemia terhempas

Ambulans udara bawa anak damit leukemia terhempas

ASTANA, Kazakhstan, 28 Jan – Sebuah helikopter ambulans udara membawa anak damit perempuan yang disyaki mengidap leukemia ke sebuah hospital, telah terhempas di Kazakhstan, membunuh kesemua lima orang di dalamnya, menurut kementerian kecemasan hari ini.

Mayat juruterbang, seorang doktor, paramedik dan anak damit berserta ibunya telah ditemui hari ini selepas pesawat itu hilang di rantau Almaty selatan Kazakhstan sekitar jam 5 petang waktu tempatan (1100 GMT) kelmarin, menurut jurucakap bagi kementerian kecemasan memberitahu AFP.

Media Kazakh melaporkan yang anak damit perempuan itu berusia dua bulan dan telah dimasukkan ke hospital pada Isnin namun memerlukan rawatan di sebuah hospital besar selepas menerima diagnosis awal penyakit leukemia.

Kawalan trafik udara putus hubungan dengan helikopter kira-kira 15 minit sebelum ia dijangka hendak mendarat.

Pencarian bagi helikopter itu dihambat oleh angin kencang dan salji, kata kementerian situasi kecemasan dalam satu kenyataan.

Helikopter McDonnell Douglas-600 telah membawa anak damit itu dari bandar Usharal ke hospital di pusat serantau Taldykorgan, jarak jauhnya sekitar 240km. – AFP