Ambulans udara terhempas, 1 maut

Ambulans udara terhempas, 1 maut

TEHRAN, Iran – Agensi berita ISNA separuh rasmi Iran melaporkan bahawa seorang telah meninggal dunia dan beberapa yang lainnya mengalami kecederaan apabila sebuah ambulans udara terhempas di utara negara ini.

Laporan hari ini berkata helikopter itu terhempas selepas ia berlanggar dengan tiang elektrik semasa pendaratan dalam misi untuk mengangkut penumpang yang cedera ke hospital di kawasan pergunungan.

Ia berkata pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi nahas.

Kemalangan udara adalah sesuatu yang lazim di Iran, dan sering dianggap disebabkan oleh pesawat yang sudah lama dan penyelenggaraan yang lemah. – AP

ARTIKEL YANG SAMA