AMC beli Carmike, wujud rangkaian pawagam terbesar dunia

AMC beli Carmike, wujud rangkaian pawagam terbesar dunia

LOS ANGELES, 4 Mac (AFP) – AMC Entertainment milik China telah bersetuju untuk membeli Carmike Cinemas pada perjanjian AS$1.1 bilion yang mewujudkan rangkaian teater pawagam terbesar di dunia, menurut syarikat itu kelmarin.

Di bawah transaksi tunai, AMC akan membayar saham Carmike yang berpangkalan di AS pada kadar $30 sesaham yang belum dijelaskan, dalam pengambilalihan yang termasuk andaian hutan bersih Carmike.

Gabungan itu akan menyatukan 2,954 skrin Carmike dengan 5,426 AMC, mewujudkan sebuah syarikat dengan lebih 600 lokasi teater di seluruh Amerika Syarikat.

Harga pembelian per skrin adalah AS$376,000, kata syarikat itu dalam satu siaran yang dilaporkan bahawa gabungan itu akan mewujudkan rangkaian terbesar bukan hanya di Amerika Syarikat di seluruh dunia.

Ketua pegawai eksekutif AMC, Adam Aron mengatakan perjanjian itu membolehkan syarikatnya ‘untuk melanjutkan pencapaian inovasi kami, strategi pengalaman bagi meningkatkan perubahan pengalaman penonton kepada berjuta lagi pelanggan baru.”

ARTIKEL YANG SAMA