Amelie Mauresmo letak jawatan

Amelie Mauresmo letak jawatan

PARIS, 15 Nov – Amelie Mauresmo meletak jawatan sebagai kapten Piala Fed Perancis dengan alasan mengatakan dia kini mengandung, sehari selepas pasukan itu tewas dalam perlawanan akhir kepada Republik Czech.

Bekas pemain nombor satu dunia itu mengambil alih sebagai kapten pasukan pada 2012, menerajui Perancis dari divisyen kedua Pial Fed ketika penggalnya.

“Saya menjangkakan anak kedua saya April ini dan memandangkan program Piala Fed termasuk perlawanan pada Februari dan April, ia mustahil buat saya,” ujar bekas juara Wimbledon dan Terbuka Australia itu.

Mauresmo, 37, yang sebelum ini melatih pemain nombor satu dunia Andy Murray, berkata dia merahsiakan berita itu daripada pasukan yang tewas 3-2 ke atas Czech di Strasbourg Ahad lepas.

“Ia begitu mengejutkan pada awalnya, mereka tidak menjangkakannya,” ujar Mauresmo selepas memberitahu para pemain awal kelmarin.

Kapten pasukan Piala Fed Perancis, Amelie Mauresmo mengumumkan peletakan jawatannya atas alasan mengandung anak kedua. – AFP
Kapten pasukan Piala Fed Perancis, Amelie Mauresmo mengumumkan peletakan jawatannya atas alasan mengandung anak kedua. – AFP

Dia berkata keputusan itu tidak kena mengena dengan ketegangan dalam pasukan berikutan kekalahan itu.

“Ini tidak kena mengena dengan keputusan hujung minggu ini atau mana-mana perbezaan pendapat dalam kalangan wanita.

Ia adalah semata-mata kerana ia mustahil untuk diteruskan.”

Mauresmo melahirkan anak lelaki pada Ogos 2015 apabila dia menjadi jurulatih Murray. Kerjasama bersama pemain Scotland itu berakhir pada Mei tahun ini selepas hampir dua tahun laporan ketika itu menunjukkan dia ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama anaknya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA