America masih lagi juara CONCACAF

America masih lagi juara CONCACAF

MEXICO CITY, 28 April – Pasukan gergasi Mexico, Club America mencatatkan kemenangan berturut-turut mahkota Liga Juara-Juara CONCACAF semalam selepas bangkit dari belakang untuk menewaskan pasukan dari Liga MX, Tigres 2-1 dengan kemenangan agregat 4-1.

America adalah pasukan pilihan untuk mengekalkan mahkota persaingan benua itu dan menempah tempat dalam persaingan Piala Dunia Kelab FIFA selepas kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu.

Tetapi pemegang gelaran itu terancam pada minit akhir separuh masa pertama di Stadium Azteca apabila pemain antarabangsa Perancis, Andre-Pierre Gignac meledakkan rembatan leret yang memberikan harapan kepada Tigres.

Jaringan meningkatkan Tigres pada separuh masa pertama yang memberikan ancaman sehingga rehat apabila cabaran keras dari Rubens Sambueza dari America, mencetuskan huru-hara yang membawa kepada empat pemain dilayangkan kad kuning.

Sambuez dan rakan sepasukan Paul Aguilar diberikan amaran bagi peranan mereka bersama penjaring gol Tigres, Gignac dan Damian Alvarez.

Skuad Club America meraikan kejayaan merangkul trofi Liga Juara-Juara CONCACAF selepas menumpaskan Tigres 2-1 di Stadium Azteca, Mexico City, semalam. – AFP
Skuad Club America meraikan kejayaan merangkul trofi Liga Juara-Juara CONCACAF selepas menumpaskan Tigres 2-1 di Stadium Azteca, Mexico City, semalam. – AFP

Ketika ketegangan meningkat pada separuh masa kedua, perlawanan itu jelas memihak kepada pasukan America dengan kemasukan midfield antarabangsa Ecuador, Michael Arroyo pada minit ke-65 bagi menggantikan Dario Benedetto.

Arroyo tidak mengambil masa lama untuk memberikan kesannya dan tiga minit selepas dimasukkan menjaringkan gol penyamaan bagi America.

Pemain berusia 29 tahun itu melompat menghampiri luar kawasan penalti dan selepas mengacah-acah untuk melepaskan rembatan, mengelirukan pengawalnya sebelum meledakkan rembatan leret menewaskan penjaga gol antarabangsa Argentina, Nahuel Guzman.

Jaringan itu menjejaskan Tigres dan perlu menjaringkan dua gol bagi mencatatkan kejayaan menerusi jaringan luar. Tetapi peluang Tigres untuk bangkit terjejas pada minit ke-86 apabila Hugo Ayala mengasari miguel Samudio dalam kawasan penalti.

Pemain antarabangsa Paraguay, Osvaldo Martinez menyudahkan sepakan ketika persekitaran Stadium Azteca terus meriah. Martinez hampir menyudahkan jaringan menerusi rembatan jarak jauh yang menyaksikan Guzman melakukan dengan baik untuk berada di gawang. – AFP