Amerika Selatan adakan mesyuarat tergempar Zika

Amerika Selatan adakan mesyuarat tergempar Zika

MONTEVIDEO, 4 Feb – Menteri Kesihatan Amerika Selatan mengadakan mesyuarat tergempar, di sini, semalam dalam usaha mengekang penularan virus Zika, yang dianggap sebagai satu ‘mimpi ngeri’.

Menteri dari 14 negara berada di Uruguay untuk membincangkan langkah bagi menangani krisis berkenaan, yang dikatakan boleh menjangkiti empat juta penduduk di benua berkenaan dan merebak ke seluruh dunia. Mesyuarat tergempar berkenaan memberi tumpuan terhadap jumlah nyamuk yang boleh menjadi punca merebaknya virus berkenaan, walaupun laporan menunjukkan pesakit di Amerika Syarikat dijangkiti virus terbabit menerusi hubungan seks.

Brazil berkata, kerajaannya menghantar lebih 500,000 orang untuk membersihkan tempat pembiakan nyamuk dan menasihatkan orang ramai mengenai penyakit terbabit. Sementara itu, Presiden Brazil, Dilma Rousseff, berkata pihaknya mengarahkan “semua sumber” supaya menangani krisis berkenaan dan berjanji “berbuat apa saja” untuk membantu keluarga bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saiz kepala dan otak yang kecil.

Jumlah bayi yang mengalami kecacatan itu meningkat sejak virus Zika merebak di Amerika Latin yang dikesan tahun lalu. – AFP

Para perwakilan Amerika Selatan ketika mesyuarat tergempar mengenai virus Zika. – AFP
Para perwakilan Amerika Selatan ketika mesyuarat tergempar mengenai virus Zika. – AFP