Amerika Tengah uji kacang ‘ajaib’

Amerika Tengah uji kacang ‘ajaib’

QUEZALTEPEQUE, El Salvador, 1 Dis (AFP) – “Kekacang ini sungguh ajaib kerana berjaya mengatasi kemarau,” jelas Manuel Ceren, seorang peladang di El Salvador yang mencuba tanaman hibrid untuk mengatasi perubahan iklim dihasilkan oleh penduduk Salvador, Colombia dan Honduras.

Di Quezaltepeque, sebuah perkampungan 30 kilometer ke utara San Salvador, Ceren dan 13 orang peladang yang lain bernasib baik kerana mencuba kekacang itu buat kali pertama.

Mereka menunjukkan tuaian yang banyak sekitar 0.7 hektar (1.7 ekar) kacang yang ditanam di ladang tempat mereka bekerja dan menjadi kekaguman pengunjung.

Jenis kacang merah ringan yang mereka tanam dan tahan jangkitan itu dikenali sebagai kacang emas kekuningan mozek, dihasilkan dengan bantuan Pusat bagi Pertanian dan Teknologi Perhutanan Kebangsaan El Salvadior (CENTA).

Kacang yang digelar CENTA-EAC itu bukanlah tanaman biotek yang dihasilkan dengan kejuruteraan genetik yang membahagikan kromosom, tetapi ia adalah hasil hibrid: gabungan tanaman semula jadi untuk membentuk kacukan.

Uji kaji Salvador dibuat ketika kemarau berpanjangan di Amerika Tengah tahun ini, yang menyebabkan kerugian tanaman yang besar dari Costa Rica sehingga ke Guatemala.

Kerana kekurangan air, 2.3 juta peladang kecil di Amerika Tengah memerlukan bantuan makanan, Program Makanan Dunia PBB memberi amaran.

Kacang CENTA-EAC adalah sebahagian daripada usaha beberapa dekad makmal di rantau itu yang hadir dengan hibrid yang boleh bertahan dan berkembang ketika kemarau.

Dengan bantuan peladang, kekacang itu kemungkinan dapat bertahan dengan keadaan cuaca yang esktrim.