AmInvest terbaik buat kali kelima

AmInvest terbaik buat kali kelima

KUALA LUMPUR, 4 Julai – AmInvest, cabang pengurusan dana AMMB Holdings Bhd, dipilih sebagai ‘Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbaik Malaysia’ bagi tahun kelima berturut-turut oleh World Finance dalam Anugerah Pengurusan Pelaburan 2016 di United Kingdom baru-baru ini.

“Ini merupakan penghormatan besar yang kami terima buat kali kelima berturut-turut, bukti sebenar kepakaran dan keupayaan pelaburan dalaman kami yang dibangunkan lebih daripada 35 tahun dalam mengembangkan pelaburan pelabur dalam semua keadaan pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest, Datin Maznah Mahbob, dalam satu kenyataan hari ini.

Maznah berkata, sejak 2010, jumlah aset dalam pengurusan AmInvest mencatatkan purata pertumbuhan sebanyak lapan peratus setiap tahun, manakala perniagaan berlandaskan Syariah mencatatkan pertumbuhan purata 19 peratus dalam tempoh yang sama.

“Hari ini, AmInvest menguruskan aset bernilai kira-kira RM36 bilion manakala AUM patuh Syariah menyumbang kira-kira RM7 bilion, dengan lebih daripada 50 peratus pelaburan dilaburkan dalam aset asing,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA