Amir Kuwait akhiri lawatan negara

Amir Kuwait akhiri lawatan negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berlepas kepada Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

His Highness Amir Kuwait, berada di negara ini bagi Lawatan Negara selama dua hari. Berangkat sama di lapangan terbang ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. His Highness Amir Kuwait telah diiringi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik selaku Kerabat Pengiring Diraja dari Qasr Muniq ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Baginda Sultan dan His Highness Amir Kuwait seterusnya berkenan melintasi Kawalan Statik terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Baginda Sultan berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berlepas kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin. – Gambar Infofoto
Baginda Sultan berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berlepas kepada His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin. – Gambar Infofoto

Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Menteri Pengiring dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

ARTIKEL YANG SAMA