AMISOM patahkan serangan Al-Shabaab

AMISOM patahkan serangan Al-Shabaab

MOGADISHU, 18 Jun (Reuters) – Pasukan keselamatan mematahkan percubaan militan Islam untuk melancarkan serangan bunuh diri ke atas tempat berlangsungnya persidangan politik di bandar tengah Somalia hari ini, mengorbankan tiga lelaki bersenjata dan pemandu sebuah kereta yang dipenuhi dengan bahan letupan, menurut polis.

“Sebuah kereta sarat dengan bom merempuh pintu pagar dewan persidangan dan tiga lelaki keluar untuk melalukan serangan, tetapi tentera AMISOM berjaya membunuh mereka sebelum mereka berupaya melakukan apa-apa,” pegawai polis, Mejar Nur Ahmed, memberitahu Reuters, merujuk kepada tentera Kesatuan Afrika atau AMISOM yang mengawal dewan persidangan berkenaan di Adado.

Kumpulan militan Al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu, sambil berkata berlaku pertempuran di dalam dewan.

Sementara itu seorang pemimpin tempatan berkata berlaku pertempuran singkat tetapi kumpulan lelaki bersenjata tersebut berjaya ditembak pasukan keselamatan.