AMM ke-48 berakhir dengan jayanya

AMM ke-48 berakhir dengan jayanya

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan hari ini berkenan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN+3 ke-16 dan Mesyuarat Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-5.

Manakala pada sebelah petangnya, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menghadiri Mesyuarat Forum Serantau ASEAN ke-22 dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48.

Dalam pada itu, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bersama-sama dengan isteri para menteri yang lain membuat perjumpaan dengan Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Yang Berbahagia Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan kemudiannya mengadakan lawatan ke Taska Nur, serta mengikuti cruise di Tasek Putrajaya untuk santap tengah hari.

Sementara itu dalam ucapan penutupan Mesyuarat AMM ke-48, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mengatakan ia berakhir penuh jayanya dengan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan bersama dibincangkan secara konstruktif.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan bergambar ramai sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS FMM) ke-5 di PWTC, Kuala Lumpur kelmarin. Gambar Infofoto

Duli Yang Teramat Mulia berjabat tangan dengan salah seorang menteri di mesyuarat ASEAN+3 di PWTC, Kuala Lumpur. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia berjabat tangan dengan salah seorang menteri di mesyuarat ASEAN+3 di PWTC, Kuala Lumpur. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menghadiri majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 di PWTC, Kuala Lumpur. – Infofoto
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menghadiri majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 di PWTC, Kuala Lumpur. – Infofoto
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah semasa menyertai isteri-isteri delegasi Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-48 melawat ke Taman Asuhan Kanak-kanak Sunshine Garden di Kuala Lumpur kelmarin. – Bernama

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah bersama isteri-isteri delegasi AMM ke-48 semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (lima dari kiri) di kementeriannya hari ini. – Bernama

Beliau berkata ini selaras dengan tema hebat Malaysia iaitu ASEAN Berpaksikan Rakyat.

“Kami mengiktiraf betapa dinamiknya isu-isu di rantau ini dan juga sentiasa berubah dan bersetuju untuk mengambil pelbagai langkah bagi menangani ancaman dan cabaran berkenaan secara rundingan dengan semua negara anggota ASEAN, rakan dialog dan negara-negara yang menyertainya,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan AMM ke-48 di sini, hari ini.

Mengenai Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Campur Tiga, Anifah berkata Malaysia menonjolkan tiga bidang utama kerjasama di rantau ini iaitu keperluan meningkatkan kerjasama kewangan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana dan meningkatkan kerjasama dalam penggalakan kesalinghubungan.

Mesyuarat itu juga menekankan perlunya meningkatkan lagi kerjasama tiga pihak antara China, Jepun dan Korea Selatan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA