Amnesty kritik siasatan ke atas duta AS

Amnesty kritik siasatan ke atas duta AS

BANGKOK, 10 Dis – Kumpulan hak asasi manusia mengkritik polis Thailand kerana menyiasat dakwaan pelanggaran undang-undang lese majeste ke atas duta Amerika Syarikat.

Penyiasatan itu, yang menjadi tanggungjawab polis melakukan penyiasatan ke atas sebarang dakwaan lese majeste, adalah petanda “tindakan melampau Thailand yang tidak masuk akal ke atas kebebasan bersuara,” menurut Amnesty International lewat semalam di London.

Polis tempatan di Bangkok semalam mengesahkan mereka sedang menyiasat aduan yang difailkan ke atas Duta AS, Glyn Davies kerana kritikan yang dibuatkannya pada satu majlis di Kelab Wartawan Asing Thailand.

Davies melahirkan keprihatinannya berhubung hukuman yang dikenakan oleh kerajaan tentera Thailand ke atas pesalah menurut undang-undang lese majeste.

“Kami percaya tiada sesiapa yang boleh dipenjarakan kerana menyuarakan pendapatan mereka secara aman,” katanya.

Seorang pegawai polis memberitahu dpa penyiasatan adalah secara formal dan diperlukan ke atas sebarang dakwaan berhubung lese majeste.

“Ia adalah protokol secara automatik. Duta dilindungi oleh imuniti diplomatik,” menurut pegawai kanan polis itu hari ini, yang meminta agar tidak disiarkan namanya.

Undang-undang lese majeste disifatkan oleh para pengkritik sebagai di antara yang paling ketat di dunia, membawa hukuman di antara tiga hingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Ia meletakkan raja negara itu dan pewarisnya melepasi kritikan politik, akademik dan peribadi. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA