Ampelmann rai ‘Pemindahan Dua Juta’

Ampelmann rai ‘Pemindahan Dua Juta’

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 8 Jan – Syarikat Ampelmann, sebuah syarikat pemindahan personel berteknologi tinggi yang memberi tumpuan kepada pembangunan, pembinaan dan pajakan penyelesaian akses luar pantai, hari ini meraikan kejayaan mereka mencapai ‘Pemindahan Dua Juta’, yang berlangsung di Tingkat Enam, Plaza Sutera Biru, Kuala Belait.

Kejayaan tersebut menandakan pencapaian besar dalam membawa dan memindahkan kru-kru yang bekerja di luar pantai dari kapal ke pelantar minyak. Tanda ‘Pemindahan Dua Juta’ dicapai di negara ini pada akhir bulan lepas, 10 bulan selepas pencapaian pemindahan sejuta Syarikat Ampelmann di rantau-rantau yang lain.

Pengurus Operasi Kawasan, Evert Willeumier dalam ucapannnya berkata, Brunei mencapai sekitar satu juta pemindahan kru manakala sejuta lagi dicapai di rantau lain selain Asia di mana syarikat itu beroperasi di Eropah, Timur Tengah serta Teluk Mexico.

Syarikat Ampelmann menggunakan Sistem Ampelmann, sebuah platform pampasan gerakan (Motion Compensation Platform) yang membolehkan akses mudah, cepat dan selamat bagi kru kapal untuk berjalan menuju pelantar minyak luar pantai dan ia sedang diguna pakai oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum bagi projek-projek tertentu.

Barisan kakitangan Syarikat Ampelmann.
Barisan kakitangan Syarikat Ampelmann.
Kru kapal menggunakan platform Ampelmann untuk bergerak dari kapal menuju ke pelantar minyak.
Kru kapal menggunakan platform Ampelmann untuk bergerak dari kapal menuju ke pelantar minyak.
Platform pampasan gerakan Ampelmann membolehkan akses mudah, cepat dan selamat bagi kru kapal untuk berjalan menuju ke struktur pelantar minyak luar pantai.
Platform pampasan gerakan Ampelmann membolehkan akses mudah, cepat dan selamat bagi kru kapal untuk berjalan menuju ke struktur pelantar minyak luar pantai.
Pemindahan kru dari kapal ke pelantar minyak sedang dijalankan.
Pemindahan kru dari kapal ke pelantar minyak sedang dijalankan.

“Dengan penambahan armada kapal dua kali ganda setiap tahun sejak 2008, Ampelmann pada masa ini mengendalikan 40 sistemnya di seluruh dunia, membolehkan pemindahan yang selamat bagi kakitangan dari pelbagai jenis kapal ke pelantar minyak dan gas luar pantai, turbin angin luar pantai dan lain-lain struktur tetap dan terapung di laut,” jelas Evert Willeumier.

Menurutnya lagi, Syarikat Ampelmann terus membina kumpulan kapal-kapalnya dengan sistem yang standard, menambah inovasi dalam penggunaan: perfungsian dari kapal ke kapal lain, pemindahan kargo, sokongan hos, mengisi bahan bakar, pemindahan berterusan dan banyak lagi.

“Bagi satu unit (kapal), dalam sehari boleh mengangkut dan memindahkan sebanyak 15,000 orang dalam masa 24 jam dan penggunaan Sistem Ampelmann ini lebih canggih bagi memastikan keselamatan kru terjaga berbanding pemindahan konvensional di mana kru kebiasaannya akan dipindahkan menggunakan tali dari satu tempat ke satu tempat yang lain,” ujar Evert Willeumier lagi.

ARTIKEL YANG SAMA