Ana Ivanovic masuk ‘era baru’

Ana Ivanovic masuk ‘era baru’

BIRMINGHAM, United Kingdom, 16 Jun (AFP) – Ana Ivanovic, bekas juara Terbuka Perancis yang mengambil masa lebih enam tahun untuk kembali kepada enam kedudukan teratas dunia, menyatakan perkembangan itu telah membawanya kepada ‘era baru’.

Ivanovic, seorang yang sederhana dan terkenal, dilihat mengatasi sebahagian daripada keraguan diri yang keterlaluan yang mengancam menjejaskan kerjayanya selepas mencapai kedudukan nombor satu pada usia 20 tahun.

Mara ke separuh akhir di Roland Garros baru–baru ini telah memperbaharui rasa opitimis pemain dari Serbia itu yang meningkatkan ranking sekali gus berjaya mempertahankan gelarannya pada pertandingan pemanasan Wimbledon di Birmingham minggu ini sebagai pilihan nombor dua.

“Saya rasa ia adalah era baru dalam kerjaya saya. Beberapa minggu lalu adalah menarik,” kata pemain berusia 27 tahun itu. “Saya baru saja memperbaikinya, dan semakin baik dan dapat meletakkan diri di mana saya mahu berada.”

Ana Ivanovic semasa menjalani latihan di gelanggang tenis Edgbaston Priory Club, Birmingham semalam. – Reuters
Ana Ivanovic semasa menjalani latihan di gelanggang tenis Edgbaston Priory Club, Birmingham semalam. – Reuters

Apa yang membezakan jelasnya adalah keseimbangan. “Ketika saya muda ia lebih banyak mengenai tenis dan tidak ada masa untuk berehat, tidak membiarkan rambut saya atau menikmati masa terluang,” katanya.

“Ia lebih kepada dikawal oleh pasukan. Ia berkesan. Sekarang saya menukarnya. Saya melakukan tugas di luar gelanggang tetapi juga menikmatinya – pergi ke pantai dan menikmati kopi bersama rakan, menikmati membeli–belah. Itu menjadikan perbezaan yang besar.”

Mengapa terlalu lama untuk mencapai kegembiraan ini adalah kerana dia mengakui ‘saya merasa bersalah melakukannya!’