‘Ana’ menuju tenggara AS, ancam banjir

‘Ana’ menuju tenggara AS, ancam banjir

MIAMI, 10 Mei (AFP) – Ribut tropika Ana menuju ke arah pantai tenggara Amerika Syarikat semalam sekali gus mengancam bencana banjir, angin kuat dan ombak besar di wilayah berkenaan, para peramal cuaca memberi amaran.

Ana, yang terbentuk sebelum bermula musim taufan pada 1 Jun, dijangka bertemu daratan pada awal hari ini.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) mengeluarkan amaran ribut tropika bagi Sungai Selatan Santee di Carolina Selatan sehingga ke Cape Lookout di Carolina Utara di sepanjang garisan pantai Atlantik sejauh 446 kilometer.

Para peramal cuaca turut berkata komuniti di Virginia dan timur Carolina Utara perlu membuat pengawasan ke atas Ana.

Gambar dikeluarkan NASA pada 9 Mei 2015 menunjukkan Ribut Tropika Ana bertemu daratan di pantai tenggara AS hari ini, mengancam banjir, angin kuat dan ombak besar di Carolina Selatan dan Carolina Utara. – AFP
Gambar dikeluarkan NASA pada 9 Mei 2015 menunjukkan Ribut Tropika Ana bertemu daratan di pantai tenggara AS hari ini, mengancam banjir, angin kuat dan ombak besar di Carolina Selatan dan Carolina Utara. – AFP

Menjelang lewat semalam, Ana adalah 50 batu di tenggara Pantai Myrtle, Carolina Selatan, dan bergerak ke arah utara-barat laut menuju ke pantai pada kelajuan lima batu sejam.

Ribut tersebut mampu mencetuskan huru-hara di kalangan komuniti pantai, dengan sehingga 10 sentimeter hujan dan angin selaju sehingga 60 batu sejam dijangka berlaku.