Anak 11 tahun kongsi rahsia mafia ayah

Anak 11 tahun kongsi rahsia mafia ayah

ROM, 28 Sept (dpa) – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menjadi informan Mafia paling muda, mengongsikan rahsia perdagangan jenayah ayahnya yang dipenjarakan kepada para penyiasat, lapor media Itali hari ini.

Budak lelaki yang tidak dinamakan itu merupakan anak lelaki Gregorio Malvaso, 36, yang ditangkap pada Oktober 2014 kerana disyaki mengetuai anggota Mafia Ndrangheta di San Ferdinando.

“Ayah saya sebahagian daripada suku ini,” budak lelaki itu dipetik sebagai berkata kepada para pendakwaan oleh akhbar La Repubblica, yang laporannya berdasarkan dokumen berkaitan dengan penangkapan Malvaso yang dibacakan dalam mahkamah minggu lepas.

“Ayah sering melakukan apa saja yang dia inginkan dalam suku itu, dia adalah orang kanan bos,” menurut laporan daripada kanak-kanak itu.

“Sudah tentu saya tahu apa mafia lakukan, berurusan dadah, menembak, ia adalah normal…di bandar, saya dengar semua orang bercakap tentang ‘Ndrangheta, malah rakan-rakan berusia daripada saya juga tahu.”

‘Ndrangheta, berpangkalan di rantau Calabria, merupakan salah sebuah kumpulan jenayah terancang utama Itali, di samping Cosa Nostra Sicily dan Neapolitan Camorra. Ia adalah ketua global dalam penyeludupan dadah dan pelaburan wang haram.

La Repubblica mengatakan budak lelaki itu telah dipersiapkan sebagai seorang gengster, namun selepas penangkapan ayahnya dia didorong untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa oleh ibunya, yang menjadi seorang informan beberapa bulan lalu dan tinggal bersembunyi bersama tiga anaknya yang lain.

Akhbar itu mengatakan para penyiasat telah diberi satu keping penting bukti iaitu kad sim dari telefon budak lelaki itu yang dulunya milik ayahnya, dan dipercayai mengandungi data yang membabitkan nombor hubungan gengster lain.