Anak-anak yatim Kg. Sengkurong, Kg. Tanjung Nangka dirai

Anak-anak yatim Kg. Sengkurong, Kg. Tanjung Nangka dirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Anak-anak yatim dari Kampung Sengkurong A, Kampung Sengkurong B dan Kampung Tanjung Nangka, petang kelmarin, telah diraikan dalam majlis penyampaian derma yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

Di majlis itu, sumbangan derma telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Taja’ah selaku tetamu kehormat majlis.

Manakala itu, sumbangan hamper pula telah disampaikan oleh Haji Mohd Yusof bin Haji Metusin bagi anak-anak yatim lelaki dan Hajah Fatimah binti Awang Haji Othman bagi anak-anak yatim perempuan.

Kemudian, majlis diselajurkan dengan bacaan tahlil yang telah dipimpin oleh imam masjid berkenaan.​

ARTIKEL YANG SAMA