Anak-anak yatim turut dipeduli

Anak-anak yatim turut dipeduli

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Seramai 32 orang anak yatim dari Kampung Kiulap, Kampung Kiarong dan Kampung Menglait, hari ini, menerima sumbangan derma daripada tabung khas anak-anak yatim Jame Asr Hassanil Bolkiah di Majlis Tahlil, Doa Arwah, dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim, yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Malar Setia, Haji Abdul Rahman bin Haji Metassim.

Turut hadir ialah ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung berkenaan dan para jemputan khas.

Majlis tahlil dan penyampaian derma itu merupakan aktiviti tahunan Ahli Takmir Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah, bagi mengingati kaum keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang telah kembali ke rahmatullah, semoga mereka akan mendapat rahmat dan syafaat daripada Allah SWT.

Antara jemputan dan ketua-ketua kampung yang hadir di majlis berkenaan.
Antara jemputan dan ketua-ketua kampung yang hadir di majlis berkenaan.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim di kampung berkenaan.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang anak yatim di kampung berkenaan.

Sementara itu, sumbangan derma kepada anak-anak yatim pula bertujuan sebagai bantuan dan sumbangan kepada mereka bagi keperluan perbelanjaan seharian di samping perbelanjaan di bulan Ramadan yang bakal tiba dan perbelanjaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kutipan derma anak-anak yatim melalui tabung khas yang telah diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Brunei itu merupakan sumbangan para jemaah yang dibukakan sejak bulan Februari 2015 lalu, yang mana sejumlah $10,367.80 telah berjaya dikumpulkan.

Di samping wang derma, anak-anak yatim dari ketiga-tiga kampung berkenaan turut menerima hamper dan sumbangan daripada penyumbang lain.

ARTIKEL YANG SAMA