Anak anjing pembenihan vitro lahir

Anak anjing pembenihan vitro lahir

WASHINGTON, 10 Dis – Seperinduk anak anjing pertama yang dikandung melalui pembenihan vitro telah dilahirkan, dalam kejayaan saintifik beberapa dekad dalam penghasilan itu, para penyelidik AS mengumumkan hari ini.

Seekor anjing betina yang mana 19 embrio yang dipindahkan kepadanya telah melahirkan tujuh ekor anak anjing yang sihat dalam bulan Julai lalu, menurut para penyelidik dari Universiti Cornell.

Dua ekor anak anjing adalah dari ibu Beagle dan ayah Cocker Spaniel dan lima lagi dari dua pasangan Beagle.

“Sejak pertengahan 1970-an, manusia telah mencubanya pada seekor anjing, namun tidak berjaya, kata Alex Travis, profesor madya biologi reproduktif di Institusi Kesihatan Haiwan Baker di Kolej Perubatan Veterinar, Universiti Cornell.

Penemuan itu disiarkan dalam jurnal Public Library of Science ONE.

Para penyelidik berkata kejayaan itu adalah percabangan besar bagi pemuliharaan hidupan liar.

“Kita boleh membekukan dan menyimpan sperma dan gunakannya bagi permanian tiruan. Kita juga boleh membekukan sel telur, tetapi dalam ketiadaan pembenihan vitro, kita tidak boleh menggunakannya,” kata Travis.

“Kini kita boleh gunakan teknik ini untuk memulihara genetik spesies terancam.

Ia juga boleh membantu membasmi penyakit dalam anjing, menurut para penyelidik.

“Dengan gabungan teknik pengurusan gen dan IVF, kita boleh mencegah penyakit genetik sebelum ia bermula,” kata Travis lagi.

Kejayaan dalam pembenihan vitro memerlukan pembenihan telur matang dengan sperma untuk menghasilkan embrio yang kemudian dimasukkan kepada betina pada waktu sesuai.

Dengan banyak faktor berperanan, para penyelidik berdepan beberapa halangan di sepanjang usaha, termasuklah mengumpul telur matang dari saluran ovum, yang dengan meniru bagaimana saluran betina menyediakan sperma bagi pembenihan dalam makmal dan membekukan embrio.

Dalam tahun 1978 anak damit ‘tabung uji’ pertama manusia telah dilahirkan di Britain, yang mana teknik itu dimajukan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA