Anak bawa tuah, ibu menang Toyota Vios

Anak bawa tuah, ibu menang Toyota Vios

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Dayang Rabiqah Natasha Halim binti Mohd Yussof, tidak menyangka bahawa sampul surat yang dipilih oleh anaknya, Dayang Maya Kamal, tertera hadiah utama berupa sebuah kereta Toyota Vios baru yang dimenanginya dalam cabutan bertuah Promosi Toyota Completes Your Home yang berlangsung di Dewan The Manggis Mall, Manggis, hari ini.

Bagi Rabiqah Natasha, anaknya telah membawa tuah kepadanya dan kini mereka mempunyai sebuah lagi kereta baru setelah membeli sebuah kereta Toyota Land Cruiser.

Beliau yang masih terkejut dengan kemenangan itu berkata bahawa buat masa ini, beliau belum lagi membuat keputusan mengenai kereta itu dan akan berbincang dengan ayahnya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, ia merupakan satu kemenangan yang tidak dapat diduga olehnya dan menyatakan penghargaan kepada NBT (Brunei) Sdn Bhd di atas penghargaan dan juga acara cabutan bertuah kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Leong Cheng Soon menyerahkan replika kunci bagi Toyota Vios kepada pemenang bertuah, Dayang Rabiqah Natasha bersama anaknya, Maya Kamal.
Leong Cheng Soon menyerahkan replika kunci bagi Toyota Vios kepada pemenang bertuah, Dayang Rabiqah Natasha bersama anaknya, Maya Kamal.
Awang Leong Cheng Soon dan pegawai-pegawai pengurusan kanan NBT bergambar ramai dengan para pemenang bertuah Cabutan Bertuah Toyota Completes Your Home.
Awang Leong Cheng Soon dan pegawai-pegawai pengurusan kanan NBT bergambar ramai dengan para pemenang bertuah Cabutan Bertuah Toyota Completes Your Home.

Cabutan bertuah berkenaan adalah terbuka kepada mereka yang membeli kenderaan Toyota sepanjang tempoh promosi bermula 1 Mei hingga 10 Julai lalu di mana bukan sahaja ia menjanjikan hadiah utama kereta Toyota Vios tetapi juga hadiah hebat berupa perabot rumah serta sebanyak 25 hadiah sagu hati yang menarik.

Di majlis berkenaan, hadiah utama promosi disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Jualan NBT (Brunei) Sdn Bhd, Awang Leong Cheng Soon.

Sementara itu, hadiah-hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga bagi promosi berkenaan disampaikan oleh Pengurus Jualan Kanan, Dayang Sharifah Marianah binti Haji Malai Othman.

Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Dayang Noorul Mislinah.
Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Dayang Noorul Mislinah.
Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Dayang Hirrani.
Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Dayang Hirrani.
Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Haji Matlan.
Dayang Sharifah Marianah menyampaikan hadiah kepada Haji Matlan.
Di antara pelanggan NBT yang menghadiri acara cabutan bertuah itu.
Di antara pelanggan NBT yang menghadiri acara cabutan bertuah itu.

Hadiah tempat pertama berupa baucar perabot bernilai $10,000 dimenangi oleh Haji Matlan bin Haji Damit, tempat kedua iaitu baucar perabot bernilai $8,000 dimenangi oleh Dayang Hirrani binti Awang Tahir dan Dayang Noorul Mislinah binti Abdullah membawa pulang baucar perabot bernilai $5,000.

Promosi Toyota Completes Your Home yang berlangsung kira-kira dua bulan itu memberi peluang kepada pembeli kenderaan Toyota menyertai cabutan bertuah.

Selain hadiah-hadiah utama berkenaan, hadiah lain yang juga disediakan semasa promosi itu termasuk televisyen LED 50 inci, peralatan elektronik dan peralatan dalam rumah.

ARTIKEL YANG SAMA