Anak bekas PM Pakistan dibebaskan

Anak bekas PM Pakistan dibebaskan

KABUL, Afghanistan, 11 Mei (AP) – Anak bekas Perdana Menteri Pakistan telah dibebaskan dan diselamatkan oleh tentera penyelemat yang penuh dramatik dari penculikkan di Afghanistan. Beliau telah diserahkan kepada Duta Pakistan di Kabul.

Ali Haidar Gilani tiba di Kementerian Pertahanan Afghanistan di Kabul dengan menggunakan helikopter pada pagi hari ini di mana beliau telah disambut oleh Duta Pakistan Abrar Hussain. Beliau dijangka tidak lama lagi akan dibawa pulang ke Pakistan.

Gilani telah diselamatkan semasa serbuan bersama komando AS -Afghan di sebuah kompaun al-Qaeda berhampiran sempadan Pakistan semalam, selepas tiga tahun berada dalam kurungan. Beliau bermalam di sebuah pangkalan tentera, dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Di kementerian Kabul, beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan Afghanistan bagi “pengorbanan mereka bagi seseorang yang berada dari negara lain.”

ARTIKEL YANG SAMA