Anak damit biru petanda kurang oksigen

ANAK damit adalah anugerah istimewa kepada insan bergelar ibu bapa. Namun, tanpa disedari ada sesetengah anak damit yang dilahirkan menghidap penyakit dikenali sebagai sindrom anak damit biru.

Ia bermaksud kulit anak damit akan berwarna kebiru-biruan kerana kandungan oksigen yang rendah dalam darah atau sianosis.

Ini paling ketara di bahagian kulit nipis seperti bibir, telinga dan kuku.

Sindrom itu disebabkan oleh kecacatan jantung kongenital iaitu masalah berkaitan dengan pembentukan jantung anak damit yang terjadi sebelum kelahiran.

Faktor penyebab

Anak damit yang kelihatan kebiruan adalah berpunca daripada darah yang kurang oksigen. Biasanya, darah dipam dari jantung ke paru-paru, di mana ia menerima bekalan oksigen.

Anak damit yang kelihatan kebiruan adalah berpunca daripada darah yang kurang oksigen.

Darah disebarkan melalui jantung ke seluruh bahagian tubuh manusia dan dikembalikan semula ke jantung.

Apabila ada masalah jantung, paru-paru atau komponen darah, itu menyebabkan darah tidak mendapat oksigen secukupnya sekali gus menyebabkan kulit kelihatan pucat atau kebiruan.

Masalah kekurangan oksigen dalam darah pula boleh terjadi oleh beberapa sebab seperti Tetralogy of Fallot (TOF), Methemoglobinemia dan lain-lain.

Tetralogy of Fallot merupakan kes yang sangat jarang berlaku namun menjadi penyebab utama kepada sindrom anak damit biru.

TOF adalah keadaan seperti mempunyai lubang di dinding yang memisahkan ventrikel kiri dan kanan jantung dan otot yang menghalang aliran darah dari ventrikel kanan ke dalam paru-paru atau arteri.

Manakala, Methemoglobinemia pula adalah keadaan yang berpunca daripada kandungan methaemoglobin yang tinggi di dalam darah di mana ia akan menyebabkan kesukaran oksigen dilepaskan dari sel haemoglobin.

Masalah genetik seperti anak damit yang dilahirkan dengan sindrom Down sering mengalami masalah jantung.

Tanda-tanda

Di samping warna kulit kebiruan, gejala lain sindrom anak damit biru adalah termasuk kesukaran bernafas, keletihan dan denyutan jantung atau pernafasan yang cepat.

Selain mengambil sejarah perubatan yang teliti dan melakukan pemeriksaan fizikal, pakar kanak-kanak (pediatrik) anak damit mungkin melakukan beberapa ujian saringan untuk mengenal pasti penyebab sindrom anak damit biru.

Antara ujian saringan yang dapat dilakukan untuk mendiagnosis anak damit itu mengalami sindrom biru adalah seperti ujian darah, X-ray dada untuk memeriksa paru-paru dan saiz jantung, elektrokardiogram (ECG) untuk melihat aktiviti elektrik jantung, Ekokardiogram untuk melihat anatomi jantung, Katherization jantung untuk menggambarkan arteri jantung dan ujian tepu oksigen untuk menentukan berapa banyak oksigen dalam darah.

Rawatan

Bagi merawat masalah ini adalah tergantung kepada sindrom anak damit biru. Sekiranya keadaan itu dihasilkan oleh kecacatan jantung kongenital, seseorang anak damit akan memerlukan pembedahan untuk kelangsungan hidup.

Ubat yang mungkin disyorkan sebagai rawatan adalah berdasarkan kepada tahap parah kecacatan yang dialami.

Anak damit dengan methemoglobinemia boleh mengembalikan semula keadaan dengan mengambil ubat dipanggil ‘methylene blue’ yang boleh memberikan oksigen ke dalam darah.

Ubat ini memerlukan preskripsi dan biasanya diberikan melalui jarum yang dimasukkan ke dalam urat.