Anak damit dibawa dengan helikopter jalani rawatan

Anak damit dibawa dengan helikopter jalani rawatan

TAWAU, 1 Sept (Bernama) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melakukan perkhidmatan pemindahan perubatan dengan membawa seorang anak damit perempuan berumur lima bulan dari Hospital Besar Tawau (HBT) ke Hospital Likas di Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima permohonan daripada HBT pagi tadi untuk membawa anak damit itu yang memerlukan pembedahan segera.

“Operasi tersebut berjalan lancar dan berjaya memindahkan anak damit tersebut ke Hospital Likas yang satu-satunya hospital yang mempunyai pakar pembedahan kanak-kanak di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi berkenaan diketuai Komander Pesawat, Mohd Ruzaidi Ramlee dan Juruterbang Ahmad Fissol Ismail yang selesai pada pukul 3.20 petang.