Anak damit ditemui depan rumah

Anak damit ditemui depan rumah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Seorang anak damit perempuan baru dilahirkan dengan masih bertali pusat telah ditemui di kawasan luar sebuah rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 6 pagi tadi.

Pasukan Polis Diraja Brunei melaporkan bahawa pihak mereka menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan itu pukul 6:52 pagi dan segera ke tempat kejadian untuk membuat siasatan.

Anak damit yang tidak berpakaian itu dipercayai dibuang dan diletakkan di depan simpang rumah berkenaan.

Menurut laporan polis, pemilik rumah mendengar suara anak damit menangis sebelum menemui anak damit berkenaan dan segera menghubungi talian 993.

Kawasan depan rumah di mana anak damit itu ditemui.
Kawasan depan rumah di mana anak damit itu ditemui.

Dengan pertolongan pihak ambulans, pihak polis segera membawa anak damit berkenaan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha untuk pemeriksaan penuh.

Anak damit perempuan itu dalam keadaan sihat dan pada masa ini dalam jagaan pihak hospital.

Berikutan penemuan itu, Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Brunei dengan serta merta membuat siasatan dan telah berjaya menemui ibu anak damit berkenaan yang juga telah dibawa ke Hospital RIPAS untuk pemeriksaan lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA