Anak damit ditemui dibawah pokok kelapa sawit

Anak damit ditemui dibawah pokok kelapa sawit

MIRI, 10 April (Bernama) – Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di sebuah kawasan kelapa sawit di sini tidak menyangka bunyi yang didengarnya adalah tangisan seorang anak damit lelaki di dalam sebuah kotak.

Setelah puas cuba mencari bunyi itu, lelaki berkenaan akhirnya mengesan tangisan itu datangnya dari sebuah kotak yang ditempatkan di bawah pokok kelapa sawit berhampiran simpang ke Universiti Curtin Miri jam 1.30 tengah hari kelmarin.

Selepas penemuan anak damit itu, yang dipercayai baru dilahirkan, lelaki berusia 32 tahun berkenaan segera membuat laporan polis, kata Ketua Polis Miri ACP Junaidi Bujang di sini, hari ini.

Beliau berkata anak damit itu dibungkus dengan kain sarung dan kain tuala, selain tiada kecederaan fizikal pada tubuhnya.

“Anak damit itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.