Anak damit enam bulan melecur dalam kebakaran

Anak damit enam bulan melecur dalam kebakaran

KOTA KINABALU, 25 Mac (Bernama) – Seorang anak damit perempuan berusia enam bulan melecur di pipinya dalam kebakaran sebuah rumah pekerja binaan di Kampung Telibong, dekat Tuaran hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, anak damit itu dibawa ke Hospital Tuaran dengan kenderaan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) untuk rawatan lanjut.

Kejadian berkenaan dilaporkan kepada Balai Bomba Tuaran pada 10.53 pagi dan pihaknya dapat memadam kebakaran rumah pekerja jenis tidak kekal berkenaan pada jam 11:15 pagi, kata JBPM dalam kenyataan di sini.

ARTIKEL YANG SAMA