Anak damit lelaki ditemui ditinggalkan

Anak damit lelaki ditemui ditinggalkan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Seorang anak damit lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Mengkubau, Mentiri, hari ini.

Menurut polis, laporan mengenai penemuan itu dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 40 tahun di Balai Polis Muara kira-kira jam 12:09 tengah hari ini. Penemuan anak damit itu turut menjadi ‘viral’ dalam media-media sosial.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya agar memaklumkan kepada balai-balai polis yang berdekatan atau hubungi di talian kecemasan 993.

ARTIKEL YANG SAMA