Anak damit masih bertali pusat ditemui

Anak damit masih bertali pusat ditemui

SANDAKAN, 10 Dis – Seorang anak damit lelaki masih bertali pusat ditemui orang awam di belakang sebuah kedai serbaneka di Taman Permata, Batu 8, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata anak damit berkenaan ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6 pagi tadi.

Beliau berkata anak damit berkenaan dilaporkan sihat dan telah dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak damit itu untuk tampil membantu siasatan. – Bernama