Anak damit maut dalam kemalangan jalan raya

Anak damit maut dalam kemalangan jalan raya

SEMPORNA, 4 Julai – Seorang anak damit perempuan berusia enam bulan maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di kilometer 17 Jalan Semporna-Tawau sekitar pukul 2.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Peter Ak Umbuas berkata kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Waja dan van Toyota Hiace.

Katanya ketika kejadian, kereta Proton Waja yang dipandu bapa mangsa Mohd Razalie Hajallajim yang dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna memasuki arah bertentangan lalu melanggar bahagian tepi kanan kereta Proton Saga yang datang dari Semporna menuju ke Tawau.

“Kemudian, kereta Proton Waja itu dilanggar pula oleh van yang mengekori Proton Saga tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA