Anak damit migran mati lemas

Anak damit migran mati lemas

ATHENS, Greece, 4 Jan (AFP)– Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat lemas menjadi korban pertama migran tahun ini, selepas bot kecil dinaiki melanggar batu di pulau Agathonis, Greece.

Menurut pengawal pantai, seramai 39 penumpang lain termasuk seorang wanita yang jatuh ke laut telah diselamatkan selepas nelayan tempatan meminta bantuan.

‘10 orang mangsa dibawa ke hospital kerana hypothermia. Mayat kanak-kanak itu telah dibawa keluar oleh nelayan dan semua pendatang termasuk ibu budak tersebut dibawa ke pelabuhan Pythagorio di Samos, iaitu pulau paling hampir terletak kira-kira 50 kilometer,’ katanya.

Puluhan jaket keselamatan ditinggalkan pelarian sejurus tiba di pulau Lesbos, Greece, selepas menyeberangi Laut Aegean dari Turki. – AFP
Puluhan jaket keselamatan ditinggalkan pelarian sejurus tiba di pulau Lesbos, Greece, selepas menyeberangi Laut Aegean dari Turki. – AFP

Stesen Bantuan Amal Luar Pesisir (MOAS) yang membantu menyelamatkan pendatang dan pelarian di laut turut menghantar bot laju untuk menyelamatkan penumpang yang terkandas, dalam operasi bersama dengan pengawal pantai negara itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat segera mengenai status kewarganegaraan semua mangsa.